Shahrir-UMNO.com | Yang Terbaik Di Kalangan Kita
AKTIVITI YB
<<  September 2010  >>
I S R K J S A
    1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30      
Isnin (6 Sep 2010)
Selasa (7 Sep 2010)
Rabu (8 Sep 2010)
Khamis (9 Sep 2010)
Jumaat (10 Sep 2010)
Sabtu (11 Sep 2010)
Ahad (12 Sep 2010)
MENU
Laman Utama
Biodata
Segugus Bicara
Sepatah Dua
Wawancara
Catatan Akhbar
Soal Jawab
Pautan
 
Email
BIODATA

Selamat datang ke Laman Web Dato' Shahrir Abdul Samad di Shahrir-umno.com

Laman web ini bertujuan untuk menambahkan ruang hubungan di antara saya selaku Ahli Parlimen Johor Bahru dengan pengundi Johor Bahru. Pastilah ia tidak dapat menggantikan kehadiran dan diri saya sendiri dalam pertemuan sebagai seorang wakil rakyat dengan pengundi-pengundi saya tetapi dalam suasana kesibukan harian semua pihak, penggunaan teknologi boleh meningkatkan kecekapan khidmat yang diperlukan. Maklumat dan kekesanan penyampaian maklumat akan membantu untuk mencapai kecekapan khidmat itu dan teknologi internet memudahkannya. Tambahan pula, seorang Ahli Parlimen BN sekarang boleh dihubungi melalui laman web shahrir-umno.com.

Matlamat shahrir-umno.com adalah untuk meningkatkan kecekapan khidmat kepada rakyat dan saya berpendapat teknologi internet akan membantu untuk menjadikan kami semua cekap, telus, terbuka dan 'accountable' kepada rakyat yang telah mengundi BN pada Pilihanraya 2004.

Sekian, Terima Kasih.
Dato' Shahrir Abdul Samad
Ahli Parlimen Kawasan Johor Bahru.
H/P 0192778667

Saya dilahirkan pada 22hb November 1949 di Kuantan, Pahang sebagai anak ketiga dan lelaki sulong kepada keluarga seorang guru. Walaupun ayah dan ibu saya berasal dari Muar, Johor, tetapi ayah yang berkidmat dengan kerajaan diarahkan bertugas merata Semenanjung Malaysia. Maka saya turut bersekolah di Kuala Pilah, Kota Bharu dan Kuala Terenganu.  Hanyalah diperingkat sekolah menengah, saya mengalami dunia persekolahan yang lebih tetap apabila saya belajar di Kolej Melayu sehinggalah tamat Tingkatan 6.  Ijazah pertama saya ialah B.Ec. dalam jurusan Perangkaan (Statistics) dari Universiti Malaya (1972) dan pada 1977, saya berpeluang memperolehi ijazah sarjana dalam jurusan pengurusan perniagaan (MBA) di IMEDE (sekarang IMD), Lausanne.

Kerjaya saya dalam politik bermula pada 1973 sungguhpun saya perlu berkhidmat dengan Chartered Bank selepas tamat pengajian di universiti untuk memenuhi keperluan biasiswa bank itu. Saya bernasib baik diberi peluang untuk bertugas sebagai seorang Setiausaha Politik, mula-mula kepada Allahyarham Tun Dr. Ismail (Menteri Perdagangan & Perindasterian), Tan Sri Musa Hitam (Menteri Perusahaan Utama), Allahyarham Tun Abdul Razak (Perdana Menteri) dan Allahyarham Tun Hussein Onn (Perdana Menteri). Dalam Pilihanraya 1978, saya diberikan kepercayaan oleh pucuk pimpinan BN untuk bertanding di kawasan Parlimen Johor Bahru. Saya mewakili Johor Bahru sehingga Pilihanraya 1990 apabila saya menyerahkan tugas itu kepada bekas setiausaha politik saya, Mohd Khaled Nordin. Pada Pilihanraya 2004, saya kembali sebagai calun BN untuk Johor Bahru dan yang sangat memerangsangkan ialah kemenangan BN di Johor Bahru dengan majoriti yang tertinggi sekali bagi semua kawasan Parlimen yang ditandingi pada pilihanraya itu. 

Dari segi jawatan politik pula, selain daripada jawatan setiausaha politik, saya telah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri (1978-79), Timbalan Menteri Kewangan (1980-81), Timbalan Menteri Perdagangan & Perindusterian (1982-83), Menteri Wilayah Persekutuan (1983-85) dan akhir sekali selaku Menteri Kebajikan(1985-87). Selain daripada jawatan-jawatan dalam Kerajaan, saya turut juga aktif dialam kegiatan peringkat Parlimen, terutamanya dalam persatuan peringkat antarabangsa, dengan memegang jawatan sebagai Ahli Exco Commonwealth Parliamentary Association (CPA) sehinggalah sebagai Presiden persatuan itu.

Sekarang, saya berada dalam fasa baru kerjaya politik saya. Dalam fasa ini, saya ingin menyumbangkan pengalaman saya untuk memulihkan kembali martabat ahli-ahli Parlimen biasa melalui kedudukan saya sebagai Pengurusi, Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) dan Pengurusi, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (Public Accounts Committee  atau PAC), berserta juga untuk membantu mengembalikan keutuhan Parlimen sebagai institusi penggubal undang-undang yang luhur. Inilah matlamat kepimpinan negara hari ini dan saya berharap dapat menyumbangkan apa yang saya mampu kearah pencapaiannya. Parlimen adalah antara institusi asas sistem politik negara dan pengukuhannya sebenarnya akan mengukuhkan suara dan aspirasi rakyat itu sendiri, iaitu teras kepada sistem politik negara.  Wujudnya Parlimen adalah kerana kepentingan rakyat, maka kuat dan kukuhnya Parlimen, kuatlah rakyat.

PEJABAT KHIDMAT AHLI PARLIMEN

16A Jalan Suria 19               Tal:  07 3317177, 07 3327177
Taman Putera                      Fax: 07 3357177
81100 Johor Bahru

PEJABAT URUSAN PERIBADI

11-3 Jalan 26/70A               Tal:   03 23004392
Desa Sri Hartamas               Fax: 03 23002292
50480 Kuala Lumpur

ALAMAT KEDIAMAN

90-5 Sri Duta I                    Tal:  03 20944266
Jalan Gallagher
Taman Duta
50480 Kuala Lumpur


H/P :  019 2778667

e-mail: shahrir2211@yahoo.com
             johorbahru@bnbbc.com.my

PENGUMUMAN
"Nobody is moving out of UMNO...... none of us is leaving UMNO," said Shahrir Samad, after the meeting attended by 73 out of 79 UMNO lawmakers. | "But he has done something and has written something and it falls within a certain offence. It is not a question of retaliation. If you want to imagine it as a retaliation, everybody has an opinion," Shahrir said. | Domestic Trade and Consumer Affairs Minister and Johor Baru MP Datuk Shahrir Samad said the experiment of using live telecasts should continue to "see what happens". | Asked whether Raja Petra's case could deter the development of blogs in Malaysia, Shahrir said: "Not all blogging is about cursing people and writing bad things about everybody. There is also a lot of other blogs." | Asked if Umno's tolerance of Ong's speech can be seen as a sign of reform, Shahrir said: "It is not an issue of reform. It is an issue of implementation and how the policy is interpreted."

JARINGAN UMNO
JARINGAN KERAJAAN
JARINGAN AKHBAR
CHAT

EMAIL PEMBACA
30 May 2008
KS Ronny

Datuk Good evening to you Dato.

It was  a very dispointing to see Johor Baru the Modern  City flooding. We must not be a laughing stock to the neighbouring country.

Dato, Please ensure to come down to the field and see yourself. Whoever you are issuing the contract to make sure they carryout qulity work. Dato, nowdays as you know people are interest how much they can make but come the quality there is no compromise. Thank Dato
KS Ronny    


28 May 2008
Mohamed Ghouse

YB. Dato

Assalamu alaikum.
Congratulations on your very bold move to introduce restrictions for foreign cars to fill-up Petrol around border areas. It is a very good move made in the interest of poor and deserving Malaysians.

Terima Kasih


28 May 2008
Lai Soon Ean

YB, a blanket band on foreign registered vehicles from filling up petrol @ border towns will result in further economic hardship on the citizens of these border towns cities.

Johor Bahru's economy, a town from which you hail from YB, and whose constituents had elected you to Parliament, depends substantially on commerce with our neighbours down south. This ban will adversely affect the livelihood of Malaysians in Johor Bahru and other border towns cities.


28 May 2008
Daniel Ho

Dear YB. Dato' Shahrir,
Greetings to you sir from the state of Singapore, the purpose of my email to you sir, is to plead that you reconsider the ban on foreign cars pumping petrol.

I have been a avid supporter of your country\'s economy as I comes almost every week to enjoy the great food and entertainment your country provides. A ban like this is very harsh on us though I\'m aware of your intentions to safe keep the subsidised fuel for the fellow malaysians, I wonder if you could consider letting foreign registered vehicles pump petrol at JB or anywhere else at full price, I believe it is fair to you all and us as well since we have enjoyed the privileges.

Thanks for your time. Looking forward to your revert, Warmest regards,

Daniel Ho


28 May 2008
Kelvin

Dear Minister Datuk Shahrir Samad,

With regards to the news of "No petrol sales to foreign cars (27/05/2008)".
I would like to clarify if that ban applies to Malaysian driving
Singapore-registered car? The reason is that i'm working in Singapore and i'm travelling back to JB everyday, as my parents is base in JB. 

Please help to clarify the doubt.
Regards,
Kelvin


28 May 2008
zulhilmiahmat

Askm..Dato' disini saya ingin mengutarakan satu cadangan di parlimen johor bahru ini masih tidak terdapat Pasar Lewat Malam atau pasar pagi,sepertimana di kuala lumpur yang ada downtown cheras dan lain-lain lagi,..di kawasan johor bahru ini saya kira tidak kurang hebatnya juga jika ia dibuka,penambahan pelancong akan meningkat,unjuran ekonomi positif dan kegiatan sosial yang berfaedah.jadi cadangan saya mohon sediakan satu tempat untuk dijadikan kawasan peniaga down town bagi kawasan bandar johor bahru khasnya di parlimen Johor Bahru..Sekian.terima kasih.