Shahrir-UMNO.com Yang Terbaik Di Kalangan Kita
AKTIVITI YB
<<  November 2014  >>
I S R K J S A
          1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
Isnin (17 Nov 2014)
Selasa (18 Nov 2014)
Rabu (19 Nov 2014)
Khamis (20 Nov 2014)
Jumaat (21 Nov 2014)
Sabtu (22 Nov 2014)
Ahad (23 Nov 2014)
MENU
Laman Utama
Biodata
Segugus Bicara
Sepatah Dua
Wawancara
Catatan Akhbar
Soal Jawab
Pautan
 
Email
 
PEGAWAI PTD NAIK PANGKAT TANPA MERIT, PEGAWAI BUKAN PTD DINAFIKAN PELUANG KENAIKAN PANGKAT.  
Y.B. Dato’ Shahrir Samad,
Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Awam Negara,
Mantan Pengerusi BBC,
Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia.

PEGAWAI PTD NAIK PANGKAT TANPA MERIT, PEGAWAI BUKAN PTD DINAFIKAN PELUANG KENAIKAN PANGKAT.

Saya mungkin mewakili pegawai Perkhidmatan Awam dari skim perkhidmatan bukan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) ingin memaklumkan suatu fenomena sedih yang telah melanda profesion Perkhidmatan Awam kini iaitu berlaku pengisian jawatan dan kenaikan pangkat sewenang-wenangnya dalam perkhidmatan PTD tanpa mengira merit dan kelayakan. Ini sangat bercanggah dan membelakangkan semangat profesionalisme perkhidmatan awam. 

Ini dikatakan berlaku berikutan dengan penyusunan semula struktur organisasi agensi-agensi kerajaan di bawah SSB dan kemudian SSM. Alasan pihak berkenaan ialah disebabkan tidak cukup pegawai untuk mengisi kekosongan jawatan Gred M44 dan Gred M48 mahupun M52 bagi perkhidmatan PTD di seluruh kementerian dan agensi-agensi Kerajaan seluruh negara. 

Berikutan itu maka ramai pegawai baru “setahun jagung” dan “Green Horn” Gred M41 dan termasuk yang belum disahkan dalam jawatanpun dilantik naik pangkat ke gred-gred tersebut, Walaupun kebanyakan KSU dan ketua jabatan meragui keupayaan pegawai tersebut mengendalikan tugas dan tanggungjawabnya di tahap jawatan itu. 

Maka sungguh beruntung dan bertuah pegawai tersebut.  Sungguh rugi dan menyesal kami yang bukan dalam skim perkhidmatan PTD. Kita lihat ramai rakan-rakan yang telah berkhidmat lebih 10 tahun malah 20 tahun, dengan penuh dedikasi dan cemerlang dalam perkhidmatan bukan PTD masih berada di takuk gred 41 sehingga hari ini dan sehingga ramai yang telah pencenpun. Kami rasa dianaktirikan oleh Kerajaan.

Tempoh 10 tahun adalah merupakan jangkamasa yang munasabah untuk seseorang anggota dilantik kerana telah mendapatkan kemahiran/latihan dan pengalaman yang mencukupi yang diperlukan bagi sesuatu jawatan sudah sewajarnya dipertimbangkan kenaikan pangkat.

Sekadar sebagai contoh, ramai ustaz Pegawai Agama Islam gred S41 - tetap “sabar” dan giat berdakwah pada gred yang sama hingga pencen; Pegawai Belia dan Sukan - walaupun ramai melahirkan jaguh sukan dan belia berketrampilan; Pegawai Penerangan - giat berkempen mempertahankan dasar Kerajaan dan pemerintahan yang ada, masa pilihan raya merekalah jaguh di barisan hadapan menghadapi pembangkang; Pegawai Pertanian, Pegawai Penyelidik, Pegawai Ekonomi dan sebagainya yang bukan PTD, adakah mereka tidak berjasa kepada negara? Adakah hanya PTD sahaja yang telah memajukan Malaysia ini? 

Walaupun ada segelintir kami yang dilantik memangku gred 44 berikutan penyusunan semula organisasi agensi masing-masing, tetapi atas dasar ‘bukan untuk tujuan naik pangkat’. Ada yang dilantik memangku gred 44 ‘bukan untuk tujuan naik pangkat’, diarah menjalankan tugas gred 48 pula. Mengapa tidak terus dilantik sahaja ke jawatan tersebut? Dari segi kelayakan memang mereka lebih daripada layakpun dari segi pengalaman dan profesionalisme berbanding dengan pegawai PTD yang baru berkhidmat.

Bila pelaksanaan SSM dilaksanakan pula, ramai pegawai bukan PTD yang dah tua ini kantol dalam peperiksaan dan kursus PTK untuk syarat naik pangkat. Sedangkan sebelum syarat PTK dikuatkuasakan, ramai PTD telah berjaya diloloskan untuk naik pangkat tanpa menghadapi PTK. 

Kelulusan bagi penambahan pegawai dalam penyusunan semula perkhidmatan bukan PTDpun sebenarnya dikawal oleh pihak berkenaan di kalangan PTD sehingga tidak ada ruang mencukupi bagi agensi perkhidmatan lain untuk memohon menambah pegawai walaupun ia amat diperlukan bagi memenuhi kehendak tugas perkhidmatan tersebut. Malah banyak agensi ‘dipaksa’ menerima PTD sebagai Ketua Jabatan kalau inginkan penyusunan semula ‘diperkenankan’.

Kalau benar fenomena ini berlaku dalam Perkhidmatan Awam kita, benarlah apa yang dinyatakan dalam laporan IMP yang berpusat di Geneva yang mengeluarkan ”Annual World Competitiveness Report” yang meletakkan kedudukan Malaysia dari segi kedudukan ekonomi dan daya saing jatuh di tangga tercorot yang amat mengecewakan.

Kami tidak menafikan PTD adalah golongan “elit dan berprestij” dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (itu yang sering dilaung-laungkan) tetapi persoalannya mengapa harus semacam ada perbezaan “antara dua darjat” dalam Perkhidmatan Awam dalam sebuah negara merdeka yang “World Class” ini?

Seandainya benar ini berlaku, kami harap pihak Kerajaan, khususnya Y.A.B. Perdana Menteri sebagai bekas PTD dapat mengkaji perkara ini, suatu fenomena yang tidak berlaku di negara lain di dunia modern bertamadun hari ini. Benar rezeki itu ketentuan Tuhan, tetapi banyak kerosakan yang berlaku di dunia adalah akibat serakah dan tangan manusia yang tidak menjalankan amanah Tuhan dengan ertikata yang sebenarnya.

Kami yakin Y.B. Dato’ berupaya membongkar perkara ini. Kami percaya sekiranya perkara ini dapat dibahaskan di Parlimen, ia akan tercatat dalam sejarah Perkhidmatan Awam kita sebagai sejarah seluruh penjawat awam Malaysia dan kenangan manis perjuangan Y.B. Dato’ sebagai pembela nasib rakyat.

Sekian, terima kasih.

Pegawai Kerajaan Malaysia Kelas Tiga
Asal Johor Baru, Kini Bertugas Di Putrajaya

Salinan :
 
i. Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri 
   Malaysia.
ii.  Y.B. Encik Lim Kit Siang, Ketua Pembangkang, Dewan Rakyat,
    Parlimen Malaysia (Salinan ini hanya akan dihantar selepas Dato'
    membawa isu ini ke Parlimen).
iii. Presiden CEUPEC, Malaysia.
PENGUMUMAN
"Nobody is moving out of UMNO...... none of us is leaving UMNO," said Shahrir Samad, after the meeting attended by 73 out of 79 UMNO lawmakers. | "But he has done something and has written something and it falls within a certain offence. It is not a question of retaliation. If you want to imagine it as a retaliation, everybody has an opinion," Shahrir said. | Domestic Trade and Consumer Affairs Minister and Johor Baru MP Datuk Shahrir Samad said the experiment of using live telecasts should continue to "see what happens". | Asked whether Raja Petra's case could deter the development of blogs in Malaysia, Shahrir said: "Not all blogging is about cursing people and writing bad things about everybody. There is also a lot of other blogs." | Asked if Umno's tolerance of Ong's speech can be seen as a sign of reform, Shahrir said: "It is not an issue of reform. It is an issue of implementation and how the policy is interpreted."
JARINGAN UMNO
JARINGAN KERAJAAN
JARINGAN AKHBAR
CHAT