Shahrir-UMNO.com Yang Terbaik Di Kalangan Kita
AKTIVITI YB
<<  April 2014  >>
I S R K J S A
  1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30        
Isnin (21 Apr 2014)
Selasa (22 Apr 2014)
Rabu (23 Apr 2014)
Khamis (24 Apr 2014)
Jumaat (25 Apr 2014)
Sabtu (26 Apr 2014)
Ahad (27 Apr 2014)
MENU
Laman Utama
Biodata
Segugus Bicara
Sepatah Dua
Wawancara
Catatan Akhbar
Soal Jawab
Pautan
 
Email
 
GLC Melayu  
Haji Yahya

Sebagai ahli umno yg perihatin, ingin memohon Dato untuk menyiasat GLC Melayu yang bermasalah seperti DRB-hicom (yg masih tidak perubahan / tiada peningkatan - tidak seperti yg berlaku pada GLC lain yg sedang menampakkan peningkatannya). Dan juga memohon agar Dato dapat menyiasat penyelewengan yang berlaku tanpa sekatan dan kawalan di syarikat berkenaan. dari peringkat bawah sampai ke peringkat atas termasuklah pengerusi eksekutif (Tan Sri Saleh sulong) terutama nya menerusi syarikat peribadi beliau. tidak hairan lah dalam waktu kebelakangan ini kedudukan DRB terjejas kerana kelemahan pnegurusan. Tidak ramai yang tahu, Tan Sri Saleh Sulong menerusi adik tirinya (Aziah Hassan) adalah \'pemegang kepentingan\' dalam syarikat weststar yang mengimport kenderaan jenama Honda dan lain lain lagi jenama dibawah DRB-Hicom (secara tidak langsung). Dengan ini terjawablah mengapa Westar begitu istimewa dimata DRB-Hicom dan menjadikan ia syarikat utama pembekal AP. Kalau tidak masakan DRB-Hicom sebagai ULC/GLC terpaksa membeli AP dari pengimport seperti Weststar. (Dato Sri Lim keng yik ada memberi komen- DRB tak cukup 70% bumi so tak dapat AP - tapi DRB ada anak syarikat yg menrima AP iaitu USF, mengapa tidak digunakan AP dari anak syarikatnya). Dengan penglibatan Tan Sri Saleh secara tidak langsung dalam kumpulan weststar, syarikat DRB-Hicom (sebagai salah satu GLC berkepentingan bumiputra) terpaksa membeli AP walaupun pada dasarnya DRB-Hicom adalah berkemampuan\' untuk menerima AP (tanpa kos) seperti yang dibuat oleh anak syarikat milik nya USF. Sekali lagi persoalan penting – Mengapa DRB-Hicom perlu membeli AP sedangkan DRB-Hicom turut menerima AP menrusi anak syarikat nya USF. Dalam tahun 2003 – 2005 sahaja sebanyak lebih kurang 24,000 AP telah dibeli dari Westar oleh syarikat berkait dengan DRB-Hicom seperti tertera dibawah : a) Honda Malaysia S.B – 15,426 AP b) Hicomobil - 8615 AP Jumlah ini tidak termasuk dalam senarai AP yang dibeli/akan dibeli untuk Suzuki, 1200 AP and Audi 896 AP. Jika dilihat anak syarikat DRB yang membeli AP dari westar adalah semua yang mempunyai kaitan dengan seorang individu iaitu Dato Abdul Rashid Rahim – Pengarah DRB-Hicom samada beliau menjadi pengarah atau terlibat dalam penubuhan syarikat. Penglibatan Tan Sri Saleh Sulong dalam weststar \'difahamkan\' diatur oleh beliau yang juga pengarah kanan DRB-Hicom (orang kepercayaan Tan Sri Saleh) yang berperanan sebagai pengcatur dibalik tabir. Difahamkan penglibatan Tan Sri Saleh secara tidak langsung ini sebenarnya adalah cetusan idea yang dibuat oleh Dato Rashid dalam usaha untuk mengelakan kesulitan sekiranya timbul bantahan dari mana mana blok dalam DRB-Hicom. Umum mengetahui bahawa terdapat beberapa blok didalam pengurusan dan lembaga pengarah DRB sehingga lah kepada \'penyingkiran kepentingan Tan Sri Yahya dan keluarga\'. Untuk rekod – DRB-Hicom menerima AP sebanyak 3000 pada tahun 2005. AP tersebut digunapakai untuk pengimportan model kenderaan yang dijual oleh syarikat USF (USF adalah syarikat pengedar jenama Mitsubishi, Citroen dan Mahindra dan dikuasai oleh Blok Dato Ismayuddin dan Dato William Chong). Disebalik kemegahan bangunan DRB-Hicom diGlenmarie, ramai tidak mengetahui bahawa tersembunyi renungan kesedihan Almarhum Tan Sri Yahya melihat bagaimana DRB-Hicom diubah dari syarikat yang bertujuan untuk meningkatkan martabat melayu kepada syarikat yang hanya meningkatkan kepentingan peribadi. Berbalik kepada pembelian AP oleh anak-anak syarikat DRB-Hicom dari weststar, mengingatkan kita kepada modus operadi yang diguna pakai oleh syarikat peribadi Tan Sri Tajuddin Ramli yang menyewakan pesawat MAS kepada MAS dengan harga yang tinggi. Sebagai pemegang saham DRB-Hicom, perkara sedemikian adalah factor penyumbang kepada kebocoran keuntungan DRB-Hicom dan paling menyedihkan hanya segelintir individu (termasuk Tan Sri Saleh) mendapat faedah menerusi process ini walhah DRB-Hicom terpaksa berbelanja besar untuk ini. Wajarkan kerajaan menerusi Khazanah berdiam diri? Diharapkan tindakan tegas Khazanah dalam menyusun semula DRB-Hicom dapat dibuat dan tindakan tegas perlu dibuat terhadap pengkhianat amanah. Wajarkah Tan Sri Mokhtar – sebagai pemilik kepentingan DRB-Hicom bersekongkol dengan orang yang kurang amanah. Mungkin sudah masa bagi Tan Sri Saleh untuk melepaskan jawatan dari DRB-Hicom dan mengembalikannya kepada mereka yang lebih amanah. DRB-Hicom sebagai syarikat berkepentingan melayu yang mempunyai kilang pemasang kenderaan tidak wajar menyalah gunakan AP dengan mengabaikan tanggung jawabnya kepada orang melayu. sebagai seorang ahli umno, saya mersakan perkara pokok bagi DRB adalah untuk melengkapkan agenda kerajaan untuk meng\'kaya\'kan ramai melayu (dalam bilangan yang ramai) dan bukannya meng\'kaya\'kan segelintir sahaja. yang kita lihat DRB hanya mengkayakan pembekal AP nya termasuk Dato Seri Syed Azman yang khabar nya memiliki 4 helikopter (check jeffooi website) yang kononnya digunakan untuk ke pejabat??. Dalam isu ini, Bayangkan jumlah kenderaan (terutama model Chevrolet, Suzuki) yang dapat dipasang dikilang DRB-Hicom diPekan Pahang jika DRB-Hicom tidak menyalah gunakan AP tersebut untuk kepentingan peribadi. Syarikat hicomobil yang mengimport kereta chevy sehingga kini masih menggunakan AP . terus mengimport kenderaan CBU. Mengapa tidak di CKDkan sahaja jika kilang dipekan masih dibawah kapasiti.

Selain itu, DRB sebagai pemegang saham utama Honda, sewajarnya tidak membelakangkan kepentingan rakyat terutama di melaka apabila dgn terus menimport kenderaan dari jepun dan tidak maksimum kilang honda di pegoh dgn membuat pemasangan kenderaan seperti kereta jazz, stream yg kini diimport dari jepun. Diharapkkan Dato Seri Najib dapat melakukan sesuatu demi kepentingan orang melayu terutamanya di Pekan Pahang dan juga di melaka. Dan diharap Tan Sri Saleh dapat memberikan penjelasan mengapa DRB mengunakan westar dan tidak USF (iaitu anak syarikat nya) untuk mendaptkan AP bagi pengimportant kereta CBU untuk anak syarikat nya                                    
PENGUMUMAN
"Nobody is moving out of UMNO...... none of us is leaving UMNO," said Shahrir Samad, after the meeting attended by 73 out of 79 UMNO lawmakers. | "But he has done something and has written something and it falls within a certain offence. It is not a question of retaliation. If you want to imagine it as a retaliation, everybody has an opinion," Shahrir said. | Domestic Trade and Consumer Affairs Minister and Johor Baru MP Datuk Shahrir Samad said the experiment of using live telecasts should continue to "see what happens". | Asked whether Raja Petra's case could deter the development of blogs in Malaysia, Shahrir said: "Not all blogging is about cursing people and writing bad things about everybody. There is also a lot of other blogs." | Asked if Umno's tolerance of Ong's speech can be seen as a sign of reform, Shahrir said: "It is not an issue of reform. It is an issue of implementation and how the policy is interpreted."
JARINGAN UMNO
JARINGAN KERAJAAN
JARINGAN AKHBAR
CHAT