Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad pula berkata, PR perlu konsisten di dalam mempertahan prinsipnya tentang mana-mana wakil rakyat yang melompat parti.
"Janganlah apabila ada wakil rakyat parti lain melompat kepada kita, ianya tidak apa. Tetapi apabila ada wakil rakyat yang melompat keluar, mereka marah," katanya.
Kenyataan Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan UMNO hilang daya tarikan merupakan julung kali seorang pemimpin UMNO mengaku kelemahan parti tersebut. Syabas Tan Sri kerana pengakuan tersebut walaupun saya dapati masih ramai pemimpin BN yang masih memberi berbagai-bagai alasan lain.
Ada yang cuba untuk menyejukkan dan menenangkan hati para pemimpin BN dengan menyatakan yang BN masih mendapat lebih 30,000 undi. Tapi kenyataannya walaupun kalah satu undi, ia tetap kalah. Selagi BN tidak mengaku kelemahan parti, BN tidak akan dapat berubah dan memenangi kembali hati rakyat. Saya merupakan seorang penyokong atas pagar dan tidak menjadi ahli mana-mana parti politik.
Undi saya berpandu kepada isu semasa dan juga persepsi semasa. Persepsi saya adalah politik tidak bersih dan ramai yang menganggotai parti kerajaan mempunyai niat untuk kepentingan diri sendiri dan bukannya kepentingan rakyat. Mungkin persepsi ini tidak benar 100% tapi saya rasa untuk mencari seorang daripada seratus orang ahli yang benar benar berjuang untuk rakyat teramat susah.
Keluar pada ruangan FORUM, Utusan Malaysia, pada 21 Januari (Rabu) Untuk jawapan pula pakai di bawah ini" JAWAPAN DATUK SHAHRIR YANG DIKELUARKAN OLEH UTUSAN MALAYSIA
Saudara Pengarang,
Surat Pengundi Atas Pagar dalam Forum Utusan Malaysia Rabu 21 Januari 2009 menarik perhatian saya kerana penulisnya telah menegur beberapa aspek dan kesan daripada kenaikan harga minyak petrol pada Jun 2008.
Terlebih dahulu, saya meminta maaf kerana begini lambat menjawab kepada hujah-hujah yang ada kaitan dengan perkara-perkara yang dipertanggungjawabkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Kelambatan ini adalah kerana saya berada di Sarawak dan Sabah dari 21 sehingga 24 Januari dan diikuti oleh cuti am, Tahun Baru Cina. Cuma pada hari ini (29 Januari) saya mempunyai sedikit kelapangan masa untuk cuba menjawab kepada hujah-hujah tertentu yang dikemukan oleh penulis surat berkenaan.
Hujah Pengundi Atas Pagar bahawa harga barang setelah naik akan amat susah turun harus diteliti dengan lebih mendalam mengikut kategori-kategorinya. Melalui pemerhatian saya, barang-barang yang dihujahkan oleh penulis adalah barang makanan yang dimasak. Bagi hasil tanaman dan ternakan sebaliknya, harganya dipengaruhi oleh kos input ataupun oleh keadaan alam sekitar seperti cuaca yang menentukan bekalan. Sebagai contoh harga ikan biasanya akan naik apabila musim tengkujuh atau laut bergelora kerana tangkapan berkurangan disebabkan nelayan tidak dapat turun ke laut.
PUTRAJAYA, 4 Feb (Bernama) -- Gula mungkin akan dimasukkan dalam senarai barangan makanan yang diberi subsidi sebagai langkah menghadapi kesan kenaikan harga gula di pasaran dunia, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Samad.
Beliau berkata kementerian telah mengemukakan cadangan itu kepada kerajaan dan ia sedang dipertimbangkan.
"Kita sudah mencadangkan supaya gula diletak dalam senarai barangan yang diberi subsidi di bawah pakej rangsangan kerajaan. Dengan cara ini, kerajaan akan ada anggaran yang lebih teratur daripada belanjawan," katanya dalam sidang media mengenai kenaikan harga gula di sini, Rabu.
Shahrir sebelum ini berkata harga gula mungkin dinaikkan selepas perayaan Tahun Baru Cina berikutan harga komoditi itu telah naik di pasaran antarabangsa.
Shahrir Samad melihat plastik bungkusan makanan yang dipamerkan pada Seminar Pembungkusan dan Pemprosesan Makanan di Jugra, Banting, semalam.
BANTING 29 Jan. - Kenaikan harga gula yang kini dijual RM1.45 sekilogram di pasaran hanya akan diputuskan setelah kerajaan menimbang kesannya kepada kewangan negara.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, kesan langkah tersebut terhadap industri, pengguna dan sektor makanan juga akan diambil kira.
"Kerajaan akan membuat keputusan akhir sama ada terus beri subsidi atau menaikkan harga gula," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar Teknologi Pembungkusan dan Pemprosesan Makanan di Dewan Sri Jugra di sini hari ini.
Di KUALA LANGAT, seorang lagi anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Shahrir Abdul Samad berkata cadangan pembubaran sayap Umno bukanlah satu jalan penyelesaian yang wajar bagi membenteras politik wang dalam parti itu.
"Nak menyelesaikan sesuatu takkanlah dengan cara kita menutup atau membubarkan sayap-sayap dalam Umno, dia tidak menyelesaikan. Kalau ada masalah, kita selesaikan masalah pergerakan itu," katanya.
JOHOR BAHARU, 26 Jan (Bernama) -- Kerajaan terpaksa menampung subsidi jika harga gula tidak dinaikkan berikutan kenaikan harga komoditi itu di pasaran dunia, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad.
Beliau berkata jika harga gula kekal pada RM1.45 sekilogram, kerajaan terpaksa memberi subsidi untuk barangan itu.
Kontrak pembekalan gula dari negara pengeluar telah tamat tahun lepas dan kontrak baru meletakkan harga lebih tinggi, katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Persekutuan Tiong Hua Johor Baharu di sini hari ini. Beliau mewakili Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman.
SIPITANG (Sabah), 24 Jan (Bernama) -- Projek Perintis Pengedaran Barangan Perlu Bersubsidi di Sabah dan Sarawak akan dilaksanakan selama setahun bermula bulan ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad hari ini.
Beliau berkata projek itu, yang berjaya dilaksanakan selama sebulan di Seberang Perai Utara; Pulau Pinang dan Pekan; Pahang tahun lepas, memerlukan masa yang lama untuk melihat keberkesanan projek itu di Sabah serta Sarawak.
"Kebanyakan kawasan luar bandar di negeri-negeri ini tidak mempunyai sistem pengangkutan dan jalan raya yang sempurna berbanding di Semenanjung. Jadi ramai yang terlibat dalam pelaksanaan projek ini, termasuk pelbagai pengusaha pengangkutan seperti pengusaha bot," katanya.
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Masalah kekurangan bekalan ikan yang meruncing sejak akhir-akhir ini boleh diatasi sekiranya nelayan di negara ini mengusahakan penternakan ikan secara akuakultur, kata Pengarah Bahagian Pemasaran Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Mohari Mohd Tamin.
Beliau berkata industri akuakultur mampu meningkatkan kuantiti bekalan ikan termasuk ketika musim tengkujuh.
"Nelayan boleh menghubungi atau mencari pihak berkaitan seperti Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai industri ini," katanya kepada Bernama.
PUTRAJAYA, 21 Jan (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba menyorok bekalan gula dengan tujuan untuk mengaut keuntungan berlebihan.
Menterinya Datuk Shahrir Abdul Samad berkata pada masa ini, bahagian penguatkuasa kementerian memantau di semua peringkat membabitkan peruncit, pemborong dan pengeluar bagi menjamin bekalan itu tidak berkurangan.
Katanya ini kerana dari segi bekalan, ia mencukupi termasuk bagi semua barangan keperluan.
BETONG (SARAWAK), 22 Jan (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah mengenal pasti mekanisme bagi mengurangkan peranan orang tengah yang mengawal harga barangan keperluan bersubsidi di kawasan luar bandar.
Menterinya Datuk Shahrir Abdul Samad berkata harga barangan meningkat di kawasan pedalaman berikutan tindakan orang tengah mengenakan kos pengangkutan dan caj perkhidmatan.
"Kerajaan bertekad menghentikan peranan orang tengah bagi memastikan barangan keperluan dan bekalan makanan diagihkan ke semua tempat dengan cukup dan pada harga yang disyorkan," katanya.
SUBANG JAYA, 16 Jan (Bernama) -- Kemuraman ekonomi dunia sekarang memberi peluang kepada syarikat-syarikat Malaysia untuk bersaing sesama sendiri dalam pasaran tempatan serta meningkatkan daya saing dan keupayaan mereka, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad.
Beliau berkata apabila ekonomi dunia pulih kelak, syarikat-syarikat ini akan berada dalam kedudukan yang lebih kukuh untuk menghadapi cabaran ketika ekonomi pulih semula.
"Jadi bila ekonomi pulih dijangka pada 2010, syarikat-syarikat di negara ini mampu berdaya saing dan lebih kompetitif di pasaran dunia kelak," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Kempen Beli Barang Malaysia anjuran kementerian tersebut yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di sini, Jumaat.
SUBANG JAYA, 16 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu rakyat mengutamakan barangan buatan Malaysia dan mengikis sikap prejudis terhadap barangan tempatan.
Beliau berkata walaupun banyak barangan buatan Malaysia diterima baik di luar negara kerana ia bermutu tinggi tetapi di Malaysia sendiri masih ada yang tidak berminat dengan barangan tempatan sebaliknya memilih barangan luar negara.
"Cubalah...kalau kita tidak cuba kita tidak tahu. Apabila mencubanya kita akan lebih sayang dan akan menjadi pengguna yang setia," katanya ketika melancarkan kempen belilah barangan Malaysia pilihan bijak di Mydin Mall USJ di sini, Jumaat.
Rakyat Malaysia akan menikmati penurunan minyak sekali lagi hanya apabila harga pasaran minyak dunia turun di bawah US$40 setong,
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, berkata Rabu, kemungkinan itu hanya boleh dijawab pada akhir Januari ini.
Katanya,"kita mesti menunggu tempoh dua minggu lagi. Setakat ini, harga purata pasaran minyak dunia bagi tempoh 1 hingga 13 Januari 2009 ialah USD43.2 setong.
"Kita tidak boleh membuat anggaran purata berdasarkan harga seminggu atau dua minggu. Kita kena ikut purata bulanan. Jika menjelang akhir bulan ini harga puratanya jatuh di bawah USD40 setong, kita boleh menimbangkan kemungkinan menurunkan lagi harga minyak
KUALA TERENGGANU, 13 Jan (Bernama) -- Kempen penurunan harga yang giat dijalankan di Kuala Terengganu ketika ini bukan bertujuan untuk meraih undi bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu Sabtu ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad.
"Kementerian telah memulakan kempen penurunan harga di seluruh negara sejak Oktober tahun lepas lagi iaitu sebelum ada dengar-dengar nak ada pilihan raya kecil pun.
"Kita nak menurunkan harga ni pun memerlukan kerjasama semua pihak dan sebenarnya saya atau kerajaan tidak ada kuasa undang-undang nak menurunkan harga, ini semua atas kehendak peniaga sendiri yang secara sukarela berbuat demikian," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran wajah baru restoran makanan segera A&W di Pantai Batu Burok di sini, Selasa.
KUALA TERENGGANU, Jan 13 (Bernama) -- A&W (Malaysia) Sdn Bhd, the food- related division of KUB Malaysia Bhd, is looking at adding six more A&W outlets in Malaysia and four in Thailand this year.
KUB group managing director Datuk Mohd Nazar Samad said the new outlets would be part of its business expansion, besides the remodelling of 32 outlets in both markets, for a total investment of RM38 milion for the 2008-2009 period.
"We started upgrading our Malaysian outlets in March 2008, and to date a total of 11 A&W outlets have been upgraded. To enhance the experience for its customers, the transformation of the remaining A&W outlets is expected to be completed by the end of 2009," Mohd Nazar said.
KUALA TERENGGANU, Jan 13 (Bernama) -- A visit to Terengganu will not be complete without a tour of the Islamic Civilisation Park in Pulau Wan Man here.
It will be an opportunity for visitors to see the wonders of the Islamic world, for sprawled on the 23-hectare site on the island, one of many dotting Sungai Terengganu, are scaled-down replicas of many of Islam's greatest mosques, minarets and palaces from around the world.
There are 21 monuments of Islamic architecture on the island, including the Dome of The Rock in Palestine, the Grand Mosque in Mecca, the Al-Hambra Citadel in Spain, the Taj Mahal in India, the Kalyan Minaret in Uzbekistan, the Samarra Mosque in Iraq, the Mohd Ali Mosque in Egypt, the Qairawan Mosque in Tunisia, the Allepo Citadel in Syria and the Kul Syarif Mosque in Russia.
KUALA TERENGGANU, 10 Jan (Bernama) -- Isu kenaikan harga barang tidak seharusnya digunakan pembangkang untuk meraih undi pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Jan ini kerana ia bukanlah sesuatu yang boleh dikawal sepenuhnya oleh kerajaan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad berkata kerajaan telah mengambil pelbagai langkah bagi menanganinya seperti pendekatan kawalan harga bagi barangan keperluan dan kempen penurunan harga tetapi ia terpulang kepada peniaga untuk menurunkan harga secara sukarela manakala pengguna pula boleh menggunakan kuasa pengguna mereka.
"Kita mesti ingat bahawa kawalan harga dan bekalan barang-barang yang dilakukan secara undang-undang pun terhad kepada barangan yang perlu seperti beras, tepung, gula dan minyak.
ALOR GAJAH, 8 Jan (Bernama) -- Pengguna boleh menjangkakan akan berlaku penurunan harga ke atas beberapa barangan makanan dalam suku pertama tahun ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad.
Bagaimanapun, beliau berkata para pengguna tidak boleh mengharapkan penurunan harga secara keseluruhan, berasaskan kepada penurunan harga minyak sejak Ogos lepas.
"Penurunan harga minyak di peringkat runcit sejak Ogos lepas boleh membantu penurunan kos pengangkutan dan satu fakta penting kepada pengguna berikutan (penurunan harga minyak), ialah pembeli dan pengguna kini mempunyai wang lebih untuk berbelanja," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen "Smart Buy" oleh syarikat pengeluar biskut Perfect Food Manufacturing Sdn Bhd, di sini, Khamis.
KUALA LUMPUR 8 Jan. - Kerajaan akan memperkenalkan minyak petrol tanpa plumbum jenis RON 95 pada Jun atau Julai ini sebagai menggantikan petrol RON 92 yang ditarik balik dari pasaran.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad (gambar) berkata, petrol baru itu sesuai untuk semua jenis kenderaan ringan yang digunakan oleh kebanyakan rakyat negara ini dan kualitinya tidak banyak berbeza dengan petrol jenis RON 97.
Beliau berkata, harga petrol RON 95 akan menyamai harga petrol RON 92 iaitu kurang 10 sen atau 11 sen daripada petrol RON 97.
Buat masa ini, harga minyak petrol RON 97 adalah RM1.80 manakala RON 92 dijual pada harga RM1.70 dan petrol jenis itu menjadi pilihan pemilik motosikal dan kenderaan yang berusia lebih daripada 10 tahun.
ALOR GAJAH 8 Jan. - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjangkakan harga barang makanan turun dalam tempoh suku pertama tahun ini.
Menterinya, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, penurunan harga makanan itu dijangka berlaku ekoran semakin banyak syarikat pembekal dan pengeluar barangan makanan menyertai kempen penurunan harga yang digerakkan oleh kementerian.
Menurutnya, ketika ini, terdapat 14 syarikat peruncit seperti Giant, Tesco, The Store termasuk syarikat peruncit tempatan telah mengambil bahagian menjayakan kempen berkenaan.
''Melihatkan keadaan ini, kita merasakan akan berlaku penurunan harga makanan kerana sudah banyak syarikat pengeluar, pembekal dan peruncit barangan makanan menurunkan harga produk mereka demi menyahut seruan kerajaan menjayakan kempen penurunan harga," katanya.
JOHOR BAHARU, 4 Jan (Bernama) -- Masalah tidak ada jalan alternatif dari Bangunan Sultan Iskandar, pusat Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) di sini ke pusat bandar yang menyebabkan perniagaan di kawasan itu terjejas teruk akan dibawa pada mesyuarat Kabinet Rabu ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata kemudahan itu yang dibina berharga RM1.3 bilion sepatutnya tidak mendatangkan kesulitan dan kerugian kepada sesiapa pun.
"Saya akan membawa perkara ini ke kabinet untuk mendapatkan kebenaran melawat KIK dalam kapasiti saya sebagai Anggota Parlimen Johor Baharu" katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Pemantapan Jati Diri Pergerakan Puteri Umno Johor Baharu di sini, Ahad.