"Whose conspiracy is it? The government has been accused of being so inefficient and totally disconnected and suddenly we are very efficient at organizing conspiracies! Sounds very unlikely," Shahrir said.
Shahrir said he had taken pictures with many people and he only "saw his with Mohd Saiful" in the newspapers.
DOMESTIC Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Shahrir Abdul Samad invited press members to take a photograph with him yesterday but there were no takers.
“Anyone wants to take a picture with me? No one? This is as if I’m having some serious disease,” he joked as photographers snapped away at Shahrir standing alone.
Shahrir was one of the Barisan Nasional ministers, who were photographed with Mohd Saiful Bukhari Azlan – the man who lodged a police report on Saturday accusing PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim of sodomising him.
The photographs, which also included those with Tourism Minister Datuk Azalina Othman, and Agriculture and Agro-based Industries Minister Datuk Seri Mustapa Mohamed, were released by PKR on Sunday.
Gambar: Shahrir Abdul Samad bersama Sawal di Perhimpunan UMNO
oleh: Sunarti Kibat
BETULLAH bak dikata sekeping gambar memberi seribu makna. Kerana sekeping gambarlah impian saya untuk berihat dan memanjakan diri dengan menyepikan diri dalam bilik tanpa gangguan sesiapa Ahad lepas musnah dan berkecai.
Angan-angan untuk merihatkan otak tidak tercapai kerana saya tidak tergamak untuk menutup telefon bimbit saya agar tidak diganggu oleh sesiapa terutama rakan-rakan media.
Ini kerana sejak dilantik sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas merangkap Setiausaha Akhbar kepada Datuk Shahrir Abdul Samad sejak awal Jun lalu memang baru Ahad lalu (29 Jun) saya dapat berihat. `Boss` balik ke kawasannya di Johor Bahru, bolehlah saya berihat sehari kerana biasanya pada hujung minggu juga saya harus mengiringi `boss` saya ke majlis-majlis tertentu termasuk di luar Kuala Lumpur dan Putrajaya. Dalam dairi `boss` saya pula memang tidak ada cuti...cuti beliau adalah ketika pulang ke rumah untuk tidur.
Sebagai bekas wartawan selama 22 tahun, sepatutnya saya harus faham dan maklum akan tugas-tugas media yang perlu peka kepada perkembangan semasa termasuk penyebaran secara meluas gambar `boss` saya bersama-sama pemuda, yang saya yakin kini menduduki carta jejaka paling popular di Malaysia, Saiful Bukhari Azlan.
KUALA LUMPUR 1 Julai - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memberi jaminan pengusaha bas dan lori boleh mendapatkan diesel subsidi di stesen-stesen minyak tanpa banyak masalah.
Menterinya, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, dengan peruntukan diesel subsidi yang berjumlah empat bilion liter setahun, kerajaan menjangkakan ia mampu menampung keperluan pengusaha bas dan lori di negara ini.
''Pengusaha dan syarikat bas dan lori tidak perlu bimbang kerana semua stesen minyak telah pun dilengkapi dengan kemudahan pembaca kad kredit yang mana ia juga boleh digunakan sebagai pembaca kad fleet.
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad hari ini menolak andaian bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) sengaja mengadakan konspirasi bagi membunuh karier politik Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata adalah tidak berasas untuk mengaitkan sebuah kerajaan membuat perancangan yang tidak berasas seperti itu hingga menyebabkan pelbagai dakwaan dilemparkan kepada pemimpin BN.
"Saya tak pasti ini konspirasi siapa dan saya tak mengetahui apa yang berlaku... selama ini kerajaan dituduh tidak efisien menjalankan pentadbirannya tetapi tiba-tiba pula dikatakan begitu bagus mengadakan konspirasi," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.
KUALA LUMPUR 30 Jun – Ketiga-tiga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang pernah bergambar dengan Mohd. Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam laporan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan mereka tidak terlibat dalam sebarang konspirasi terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Mereka juga dalam masa yang sama menegaskan tidak pernah mengenali Mohd. Saiful Bukhari selain turut tidak mengingati bila dan di mana gambar tersebut diambil.
Datuk Shahrir Abdul Samad menyifatkan penyebaran gambar tersebut jelas merupakan usaha berniat jahat untuk mengaitkan beliau dengan sebarang konspirasi terhadap Anwar.
‘‘Ia cuma satu khabar angin (mengaitkannya), lebih-lebih lagi ia melibatkan seorang yang selalu berdrama.
‘‘Saya tak tahu pun ada gambar itu. Ia mungkin diambil ketika Perhimpunan Agung UMNO kerana saya jarang berbaju Melayu lengkap,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
Beliau yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna diminta mengulas mengenai penyebaran gambar lelaki tersebut yang dirakamkan bersama Shahrir, Azalina dan Mustapa.
Banks will still profit despite lowering credit card commissions because the number of people using the facility at petrol stations would increase. Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Shahrir Samad said he was hoping for cooperation from the banks to lower the commission charges.
He said the move would assist both the banks and the petrol station dealers in the long run. Shahrir said that when the cost of goods rose, there would be an increase in the number of people who used their credit cards instead of cash.
“That means that banks will be receiving more commissions too, and the banks will be back where they were. They won’t lose money,” he told reporters at a press conference on Sunday after meeting party members.
Para pengusaha stesen minyak menerima berita gembira hari ini apabila kerajaan bersetuju memenuhi tuntutan mereka untuk menaikkan kadar komisen jualan petrol dan diesel.
Berkuat kuasa serta-merta, kerajaan meluluskan kenaikan kadar komisen jualan petrol dari 9.5 sen kepada 12.19 sen seliter dan dari 4.5 sen kepada 7 sen seliter bagi diesel.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, kadar komisen baru itu diluluskan setelah mengambil kira kenaikan kos operasi seperti yang dibangkitkan oleh Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM).
Bercakap kepada pemberita di bangunan Parlimen petang ini, Shahrir memberitahu, kerajaan juga menetapkan masa operasi stesen minyak di seluruh negara diseragamkan dari pukul 6 pagi hingga 11 malam.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad hari ini menafikan khabar angin kononnya stesen minyak di Sabah akan ditutup selama beberapa hari sebagai tanda bantahan berikutan ketidakpuasan hati pengusaha stesen minyak terhadap komisen yang diterima mereka.
Beliau berkata khabar angin itu diterima dan dimaklumkan kepadanya hari ini selepas pembelian panik secara besar-besaran oleh orang ramai di Sabah kerana bimbangkan stesen minyak di negeri itu akan ditutup selama tiga hari. "Itu hanya khabar angin. Bagaimanapun kita (kementerian) bagi jaminan bahawa Petronas akan membuka operasinya seperti biasa dan ia mampu memenuhi keperluan rakyat di sana.
"Jika ini berlaku, ia adalah disebabkan tuntutan menaikkan komisen minyak yang diminta tidak dinaikkan dan perkara itu (komisen minyak) akan dibincang bersama dengan Kementerian Kewangan nanti," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Usul kenaikan harga petroleum dan harga barangan yang diluluskan Dewan Rakyat hari ini menggambarkan sokongan padu anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan kerajaan.
Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata usul yang diluluskan menerusi undi belah bahagian dengan 129 undi bersetuju dan 78 undi tidak bersetuju merupakan usul yang sangat penting dan boleh dianggap sebagai satu undi percaya terhadap kerajaan dan Perdana Menteri.
"Kita bersyukur kerana majoriti anggota dewan menyokong usul ini. Ini tidak bermakna kerajaan tidak mementingkan rakyat kerana kalau tidak diluluskan kerajaan akan menanggung kos yang besar dan akan menyebabkan hutang.
Usul undi tak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang diperkatakan oleh Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee, nampaknya tidak akan dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Persidangan hari ini hanya membincangkan satu usul iaitu usul kenaikan harga petroleum dan barangan, yang dibentangkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad, dan ia masih dalam peringkat perbahasan setakat ini.
Shahrir dijadual menggulung dan menjawab perkara-perkara yang dibangkitkan pada perbahasan itu sebelum persidangan hari ini ditangguhkan.
Kerajaan sedang menimbang cadangan melantik atau menubuhkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk menjadi salah satu daripada pengedar utama bekalan barang keperluan di negara ini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad berkata langkah ini dibuat kerana kerajaan terasa kehilangan badan-badan seperti Pernas dan Lembaga Padi Negara (LPN) yang bertanggungjawab terhadap bekalan dan pengedaran padi dan beras negara.
"Perkara ini masih di peringkat pertimbangan dan rancangan...Insyaallah kita akan melaksanakan pengedaran ini khususnya barang-barang keperluan agar dapat sampai kepada golongan sasaran iaitu golongan berpendapatan rendah sama ada di bandar mahupun di luar bandar," katanya.
Kerajaan mengambil langkah menstruktur semula subsidi minyak bagi mengurangkan defisit negara sebagai persediaan menghadapi risiko tinggi kemelesetan ekonomi, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad berkata langkah ini berikutan krisis subprima yang dihadapi Amerika Syarikat sekarang yang diramal mengakibatkan kemelesetan ekonomi, yang dijangka merebak ke seluruh dunia.
"Dengan ini adalah lebih baik kita bersedia dengan kemungkinan ini, dengan mengukuhkan pengurusan fiskal kerajaan demi memastikan pertumbuhan ekonomi kekal teguh dalam mengharungi cabaran global kelak.
"Jika sistem subsidi tidak distruktur semula, tahap defisit bajet kerajaan akan melambung tinggi lebih 6 peratus tahun ini demi menanggung subsidi yang besar berbanding 3.1 peratus yang disasarkan bagi 2008.
Kerajaan bersetuju melaksanakan cadangan sistem dua pam di stesen minyak di kawasan sempadan bagi memastikan warga asing tidak membeli minyak dengan kadar subsidi seperti yang dinikmati rakyat tempatan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata berdasarkan sistem itu, satu pam akan dikhaskan untuk pembelian oleh rakyat tempatan dengan harga pada kadar subsidi dan satu pam lagi untuk rakyat asing, di mana petrol akan dijual berdasarkan harga pasaran semasa.
"Ikut sistem ini, ada dua kebaikan iaitu rakyat asing akan membayar harga petrol berdasarkan harga pasaran dan rakyat Malaysia akan tahu harga pasaran petrol yang sebenarnya," kata Najib.
Cadangan itu berdasarkan saranan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad, katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat khas mengenai penstrukturan semula subsidi kepada anggota Parlimen dan Senator Barisan Nasional di Auditorium Perdana, Angkasapuri, di sini, hari Ahad.
Kerajaan berjaya mengatasi debaran "undi tidak percaya" terhadap perdana menteri yang diura-urakan akan dibawa pembangkang ketika membahaskan usul menyokong kenaikan harga minyak susulan pemotongan subsidi awal bulan ini.
Selepas sesi perbahasan selama enam jam, undi yang dijalankan selepas jam 7 malam membuktikan barisan wakil rakyat BN masih setia kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan 129 undi, manakala 78 undi menentang usul yang dibawa menteri perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad.
BN mempunyai 140 ahli Dewan Rakyat, termasuk dua timbalan yang dipertua, sementara pembangkang mempunyai 82 wakil.
Seramai 11 ahli parlimen BN tidak hadir dalam sesi yang dianggap penting ini. Mereka termasuklah dua wakil BN daripada Parti Maju Sabah (SAPP) - Chua Soon Bui (Tawau) dan Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) - yang menggemparkan negara minggu lepas dengan mencadangkan usul undi tidak percaya terhadap Abdullah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menyifatkan tindakan empat wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) berbasikal ke bangunan Parlimen sebagai kebudak-budakan yang langsung tidak mencerminkan tahap keupayaan pemikiran anggota Parlimen.
Katanya, mereka cuba mencari publisiti murahan sedangkan sebagai anggota Parlimen banyak lagi tindakan lebih matang boleh dilakukan bagi membantu kerajaan berhadapan dengan fenomena kenaikan harga minyak global.
“Dahlah kayuh pun setakat dari Bank Negara saja... saya harap kalau sungguh-sungguh sangat, teruslah berbasikal ke Parlimen setiap hari selagi kerajaan tidak penuhi tuntutan mereka (turunkan minyak).
Kerajaan akan membawa usul berhubung kenaikan harga minyak dan barangan serta langkah untuk menanganinya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Usul tersebut yang dibawa menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna Datuk Shahrir Samad bermula kira-kira 11.45 pagi, sebaik selesai sesi soal jawab.
Perdana menteri Datuk Seri Abdulllah Ahmad Badawi semalam dilaporkan berkata, perbincangan usul ini bakal mengambil masa panjang, maka kerajaan sedia membincangkannya sehari suntuk untuk memberikan kesempatan kepada wakil rakyat memahami isu itu.
Perbahasan itu tidak disiarkan secara langsung menerusi RTM, katanya.
Kira-kira 2,000 ketua cawangan di Johor akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selama dua hari, mulai esok.
Majlis bersama pemimpin itu akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Johor mempunyai bahagian terbanyak - 26 bahagian - dengan 2,013 cawangan dan jumlah ahli teramai - 446,189 orang.
Beberapa pemimpin bahagian Umno di Johor ketika dihubungi mengesahkan pertemuan tersebut dibuat atas jemputan Abdullah yang juga presiden Umno.
Pemerhati politk melihatnya sebagai satu perkembangan yang menarik kerana pertemuan itu diadakan kira-kira sebulan daripada tarikh mesyuarat cawangan bermula pada 17 Julai.depan.
Johor adalah antara negeri yang dianggap 'bergolak' selepas Umno kalah teruk dalam pilihanraya umum lalu.
PUTRAJAYA: The Government is considering whether to include powdered milk for children on the list of price controlled items. Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Shahrir Abdul Samad said however infant formula would not be subsidised.
“The Government does not subsidise infant formula because we want to encourage mothers to breastfeed their babies. “The list of controlled items should remain as it is, although we are still considering several options. We have yet to make any decision.
“There are certain issues to be handled when we put items on the control list, such as if these are non-perishable goods,” he told reporters after announcing the Consumer Price Index at his office here yesterday.
The milk that may come under the controlled item category is for children aged two years and above.
On the other hand, notes Minister for Domestic Trade and Consumer Affairs Datuk Shahrir Samad, Malaysia is a net importer of refined petrol.
We produced 110,000 barrels of refined petrol per day last year but the demand was 190,000 barrels per day.
The balance had to be imported - 29 million barrels for the whole year.
A booklet about subsidies produced by the Economic Planning Unit last February explained that Malaysia exports its higher quality "sweet" (low-sulphur) crude oil and imports cheaper "sour" (high-sulphur) crude to make a profit.
"For now, we have a net balance," says Hassan.
But based on present demand growth of six per cent per year, he estimates Malaysia's demand will exceed local production in 2011 - making us a net importer although we will still have oil reserves for another 22 years and gas reserves for 39 years.
KUALA LUMPUR - MALAYSIA'S inflation is set to soar 'substantially' in June due to high fuel prices, but it will not hit double digits, a senior minister said on Wednesday.
Mr Shahrir Abdul Samad, domestic trade and consumer affairs minister, said inflation would spike once the impact from the recent fuel price hike kicks in.
He said inflation in May rose 3.8 per cent year-on-year.
'The rise will be more because the increase in fuel price. I don't think it will reach a double digit,' he told reporters.
Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi last week increased petrol prices by 41 per cent in the face of rising global oil costs. Since then, opposition parties have organised a series of protests that they say will culminate in a major demonstration on July 5.
PRIVATE vehicle owners may get incentives to convert their vehicles to run on natural gas, Nanyang Siang Pau reported yesterday.
Quoting Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Shahrir Samad, the paper reported that the ministry had submitted a proposal to the Prime Minister’s Department to consider providing rebate for drivers to install NGV (natural gas vehicle) tanks.
While the Government has encouraged the use of natural gas, only 3% of privately owned vehicles in the country were NGVs, and most of them were taxis.
Statistics from the ministry showed that heavy vehicles owners were not keen to use natural gas.
Negara boleh bankrap jika pemberian subsidi minyak bernilai berbilion-bilion ringgit setahun seperti yang diamalkan sejak 45 tahun, diteruskan oleh kerajaan sekarang.
Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah menjelaskan, ini kerana berdasarkan kajian Petronas, simpanan minyak Malaysia hanya mampu bertahan lima tahun dari sekarang dan pemberian subsidi untuk mengimbangi kenaikan harga minyak dunia tanpa langkah untuk menanganinya akan menyebabkan negara muflis.
Beliau yang juga bekas Pengerusi Petronas memberitahu, dengan pengeluaran 600,000 tong sehari pada masa ini, simpanan minyak Malaysia hanya mampu bertahan dalam tempoh tersebut.
''Justeru, negara tidak boleh bergantung kepada bahan api itu sebagai sumber tenaga selama-lamanya.
''Malaysia sekarang terpaksa mengimport minyak dari Arab Saudi kerana sumber minyak negara tidak boleh menghasilkan bahan yang diperlukan seperti tar dan diesel,'' katanya pada Majlis Silaturrahim Dan Penjelasan Isu-isu Semasa di sini hari ini.
Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub hari ini menjadi sasaran kritikan penyokongnya sendiri apabila didakwa "gagal" dalam perdebatannya dengan Datuk Sharir Samad berhubung isu kenaikan harga minyak.
Perdebatan ahli parlimen Kubang Kerian dengan menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna disiarkan secara langsung selama sejam di RTM1 jam 9.30 malam tadi.
Beberapa pembaca mengkritik kelemahan Salahuddin di laman web Tranungkite.net, milik Pemuda PAS Dungun, Terengganu.
"Apa yang saya harapkan dari perdebatan ... tidak langsung mencapai tujuan, ruang dan peluang yang sepatutnya digunakan terus gagal dimanafaatkan Salehuddin, sungguh mengecewakan," kata seorang pembaca web itu, Reformis Muda.
Beliau menyifatkan perbahasan ketua Pemuda itu sebagai "seorang profesor" dari Universiti Tokyo yang menyampaikan kuliah sains.
"Saya mencadang selepas ini (ahli parlimen PKR) Saifuddin Nasution (Ismail) ataupun (naib presiden PAS) Husam Musa dihantar mewakili Pakatan Rakyat, kerana Saifuddin lebih bersedia dalam soal fakta dan gaya penyampaian yang sinis. Manakala Husam dilihat lebih berani menyanggah," katanya.
(NST) - De facto opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim's inconsistent stand on fuel subsidies became the subject of criticism on a live talk show over national television yesterday.
Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Shahrir Abdul Samad questioned Anwar's sincerity in promising that he would retain the fuel subsidy.
"When he was deputy prime minister and the country was undergoing the economic crisis in 1998, he was pushing for the government to take the International Monetary Fund bailout.
"One of the prerequisites then was that there should be no subsidies. But former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad did not want to abolish the subsidies and we did it the Malaysian way."
Shahrir was debating with Pas youth chief and MP for Kubang Kerian, Salahudin Ayub, on RTM1's Bicawara: Bersemuka dengan Media programme last night.
Shahrir said that the opposition was playing on the people's sentiments.
PUTRAJAYA: Part of the money used by the Government as subsidy is Petronas’ contribution from its annual revenue.
Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Shahrir Samad said the national oil company did not subsidise petrol at the pump but gave the Government part of its revenue to be put into a consolidated fund.
“It is money from the fund that the Government is using to subsidise petrol, agriculture, education, welfare, and now food. We give all these aids with the help of Petronas.
“Ever since the fuel price increase was announced, people have been demanding to know why Petronas is not helping out. What they don’t know is that the company has been helping out all this while.
“The Government, on the other hand, pays from its coffers to petrol companies as fuel subsidy.
Tracking the system: Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Shahrir Samad arriving at the Express Rail Link station in Putrajaya yesterday, the second day he was trying public transport from his home in Jalan Tunku in Kuala Lumpur to his office in Putrajaya. His verdict after two days? “It’s not so convenient since there is no bus connection from my house to KL Sentral to take the ERL to Putrajaya. My wife has to send me to KL Sentral and my driver picks me up in Putrajaya. He will be bringing the matter up in the Cabinet today. Shahrir is a frequent user of ERL to KLIA.
Sedangkan budak-budak Tingkatan 6 Rendah memerintah pun kelam kabut ini kan pula budak Tingkatan 3 nak memerintah? Kirim salam...!
Semalam berlangsung perdebatan antara Datuk Shahrir Samad dan Salahudin Ayob yang disiarkan secara langsung oleh RTM. Debat adalah satu pertandinagn dan dalam pertandingan mesti ada yang menang dan ada yang kalah.
Jadi keputusan debat semalam pemenangnya ialah Datuk Shahrir Samad dan yang 'kalah dan terkulai layu ditasik madu BN' ialah Ketua Pemuda PAS yang bekerja sama dengan DAP(Iblis) dan PKR(setan) iaitu YB Salahuddin Ayob yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian. PAS pula 'jin'...tak tahulah pulak jin Islam ka...jin apa ka?
Lain kali sebelum nak berdebat pasal isu minyak pergi dulu melawat Muzium negara Brunei Darusalam. Cuba lihat dan baca galeri oleh Shell disitu? Disitu kita boleh lihat dan mengetahui dengan lebih mendalam bagaimana asal usul minyak boleh ujud, berapa lapisan, dalam mana, berapa jumlah pengeluarannya, berapa lama hayat pengeluarannya dan berapa kosnya? Kemudian baru la kita boleh berdebat dengan lebih ilmiah.
So elaun YB tak potong ker?
Potong bagi banyak sikit sebab 'Yang Bodoh'(YB). Membazir jer bayar gaji dan elaun tinggi-tinggi kat YB. 2 x 5 jer !
Petronas’ profits do not go directly to petrol and diesel subsidies but to a government fund that is disbursed for development projects and various types of subsidies. Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Shahrir Samad said Petronas’ direct subsidy was only for gas used by power producers to generate electricity.
He was explaining the link between Petronas’ earnings and fuel pump prices following the government’s move to raise the price of petrol by 41 per cent and diesel by 63 per cent last Wednesday. The issue of cutting fuel subsidies has always drawn negative reactions about Petronas from the public and Opposition parties, who question why Petronas’ profits cannot be used to subsidise pump prices.
“Except for gas, Petronas’ profits are given to the government, which puts them in a consolidated fund from where they are used for various types of subsidies, including subsidising the oil price for consumers, for agriculture, padi planters, on education, welfare, food and others. Subsidies for these things come from, among various other sources, Petronas’ income,” Shahrir told reporters yesterday after launching the Companies’ Commission Annual Report 2007.
TV1 Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menganjurkan debat yang akan menampilkan wakil kerajaan dan pembangkang berhubung dengan langkah terbaru kerajaan berhubung penstrukturan subsidi yang membabitkan petrol dan diesel.
Bagi pihak kerajaan, ia diwakil oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad manakala pembangkang pula diwakili oleh Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian. Debat tersebut yang akan berlangsung jam 9.30 malam hari Selasa (10 Jun 2008) akan turut menampilkan Pengarang Harakah, lidah rasmi PAS, Ahmad Lutfi Othman bersama Syed Munawar yang akan mengajukan soalan kepada kedua-dua panel tersebut. Rancangan berkenaan akan dikendalikan oleh pengacara Sabaruddin Ahmad Sabri.
Menurut Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, penyiaran debat itu yang dibuat secara langsung bagi membolehkan kerajaan dan pembangkang memberikan hujah masing-masing berhubung dengan penstrukturan itu. Beliau berharap, pendekatan terbaru RTM tersebut akan dapat memberikan manfaat kepada rakyat untuk mengetahui dan memahami isu penstrukturan subsidi petrol dan diesel secara lebih jelas
Kerajaan tidak akan mengurangkan bayaran rebat tunai melalui skim pemulangan subsidi kepada pemilik kenderaan persendirian biarpun harga minyak mentah dunia dijangka meningkat sehingga AS$200 (RM647.30) setong.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, ini kerana perkara berkenaan telah dijanjikan oleh kerajaan ketika mengumumkan kenaikan harga bahan api itu baru-baru ini.
''Kita dah janji, jadi tak boleh kurangkan rebat tunai. Kalau tidak, tidak ada sistem (skim pemulangan subsidi). Kita kena laksanakan skim itu sampai tempoh berakhir pada Mac tahun depan.
''Biarpun harga minyak mentah dijangka meningkat sehingga AS$$200 setong, namun kita mampu menguruskannya tetapi dalam keadaan yang mencabar," katanya.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad menyifatkan cadangan untuk memotong elaun yang dinikmati oleh menteri adalah tidak rasional.
Sepatutnya, kata beliau, cadangan untuk menjimatkan wang kerajaan perlu difokuskan kepada aspek rasional dan bukan disebabkan oleh perasaan marah kepada menteri.
''Kalau potong elaun menteri-menteri, tidak sampai RM1 bilion pun. Kalau elaun menteri sampai berbilion, saya rasa ada kesan.
''Jangan buat sesuatu kerana kita marah. Kita fokus pada yang rasional. Kalau buat cadangan yang rasional pun, baru ada kesannya tapi bukan sebab rasa geram dengan menteri," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
The increase in the price of sugar will have no connection with the fuel price hike, said Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Shahrir Abdul Samad. "The price of sugar is based on the current market price and supply situation.
"What we should do now is to look at the sugar supply in order to stabilise the price," he told reporters after the Umno Supreme Council Retreat here Friday.
Thursday, the ministry's secretary-general Mohd Zain Mohd Dom said sugar price might go up by 20 sen next year but the decision would only be made after meeting with the sugar manufacturers at the end of this year.
or two days, Umno leaders evaded reporters who camped at a hotel here, where a retreat for party supreme council members was held to discuss the party's direction and winning back the people's support.
Soon after the two-day meeting ended around noon yesterday, party president Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi and his deputy Datuk Seri Najib Tun Razak went off without meeting the media, while others party leaders declined to comment on the outcome of the meeting.
Datuk Shahrir Abdul Samad merely said: “We talked about Umno strategic planning. This was more an opportunity for members to sit down and talk about what to do with the party.”
Penyusunan semula beri manfaat kepada rakyat dalam tempoh jangka panjang: Shahrir
SHAH ALAM: Kerajaan tidak memperoleh keuntungan apabila memutuskan penstrukturan semula subsidi terhadap petrol dan diesel kerana lebih mengutamakan faedah yang dinikmati rakyat dalam tempoh jangka panjang.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, berkata penstrukturan semula subsidi bahan api itu dapat mengurangkan bebanan subsidi yang ditanggung kerajaan selama ini.
Petronas, syarikat minyak terkemuka negara, sedang berdepan dengan masalah peningkatan kos carigali minyak yang melambung tinggi.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Mohd. Hassan Marican berkata, sejak tiga tahun lalu, kos Petronas meningkat lebih 200 peratus tetapi tidak ramai orang peduli kerana mereka lebih tertumpu kepada isu kenaikan harga minyak.
Dalam satu taklimat media di sini hari ini, beliau berkata, syarikat minyak itu melabur pada kos yang tinggi selain bilangan telaga minyak semakin berkurangan.
Mohd. Hassan menjelaskan: ‘‘Petronas kini terpaksa menerokai telaga-telaga minyak kecil yang memberikan hasil lima atau 10 juta tong dan bukan lagi telaga-telaga yang menghasilkan 100 juta tong seperti satu ketika dahulu.’’
Bayaran subsidi minyak kepada pemilik kenderaan persendirian boleh ditunaikan di 686 rangkaian pejabat pos di seluruh negara.
Urusan pembayaran balik rebat tunai itu berkuat kuasa pada 1 Julai ini.
Pemangku Pengarah Urusan Pos Malaysia Berhad, Datuk Abu Huraira Abu Yazid dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, pihaknya bersedia mengendalikan urusan pembayaran balik rebat tunai seperti yang diarahkan oleh kerajaan.
"Selaras dengan keputusan kerajaan, pemilik kenderaan yang layak mendapatkan subsidi ini boleh mengemukakan tuntutan mereka di pejabat pos mulai 1 Julai,'' katanya.
Beliau berkata, pemilik kenderaan yang memperbaharui cukai jalan dari 1 April lalu sehingga 31 Mac tahun hadapan boleh mendapatkan bayaran balik subsidi tahunan sebanyak RM625 bagi setiap kenderaan.
India and Malaysia risked the wrath of voters by raising the price of subsidized fuel, measures that could further weaken the governments of both countries, already made fragile by recent electoral setbacks.
In India, the increase was quickly condemned by political parties from all sides, two of which promised demonstrations. A Bharatiya Janata Party spokesman called the move the equivalent of “economic terrorism.”
Economists and policy makers described the increase as painful but necessary. Fuel subsidies in Malaysia alone would have totaled $17 billion this year.
Consumers in Malaysia, like the woman above, will see gasoline prices go up by 40 percent, and more increases are planned, said Shahrir Abdul Samad, Malaysia’s domestic trade and consumer affairs minister. Gas prices vary across India, but the announcement amounted to an increase of around 10 percent.
Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Shahrir Samad said the restructuring of subsidy is necessary to put in place the correct policies, which if left undone, would harm the country's economy in the long run.
He said the restructuring would be based on the prevailing global commodity prices as well as the need of the people.
"Previously the subsidy is based consumption... everybody gets to enjoy the subsidy irrespective of their level of income," he said in an interview programme aired over RTM1 Thursday night.
The new structure would assure that the low and medium income groups would continue to enjoy the benefit of subsidy at a time when the price of fuel was rising in the global market.
PUTRAJAYA 4 Jun – Kerajaan akan membayar subsidi minyak secara tunai kepada pemilik kenderaan di bawah skim baru subsidi bahan api yang diumumkan hari ini.
Walaupun pemilik kenderaan kini terpaksa membayar harga petrol dan diesel yang lebih tinggi sehingga 40 peratus berbanding harga sebelum ini, tetapi mereka akan mendapat rebat tunai daripada kerajaan sebaik sahaja memperbaharui cukai jalan kenderaan masing-masing.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad memberitahu Utusan Malaysia di sini, sungguhpun harga petrol naik sebanyak 78 sen seliter kepada RM2.70 namun hakikatnya kerajaan akan memulangkan semula sebahagian daripada kenaikan itu kepada pengguna dalam bentuk rebat tunai berjumlah RM625 setahun.
PETALING JAYA: Chicken farmers welcomed the government's move to abolish the RM6 per kilo ceiling price but pointed out that the poultry industry had never received any form of subsidy.
Responding to a statement by Domestic Trade and Consumers Affairs Minister Datuk Shahrir Abdul Samad Wednesday, the Federation of Livestock Farmers Associations of Malaysia (FLFAM) emphasised that the industry had always operated on a purely commercial basis.
The report quoted Shahrir as saying: "Since the country produces more chicken that it needs, it would no longer be subsidised.
"My ministry and the Agriculture and Agro-based Industry Ministry have agreed to the removal of ceiling prices on fresh chicken. The prices at ex-farm, wholesale and retail levels will be removed some time this year."
The Federation of Livestock Farmers' Associations of Malaysia (FLFAM) wants the ceiling price regime for broiler chicken be removed immediately due to the high cost of production.
In a statement here Wednesday, its broiler unit chairman, Kwei Yew Tong, said the association regretted the delay in making the decision as the producers had been waiting for it to be removed since its submission of a memorandum on the issue in July last year.
"The cost of production has escalated further to RM4.53 per kg since that date and it is unreasonable to expect producers to sell their farm output below the cost of production of RM4 per kg," he said.
Malaysia needs a Fair Trade Practices Act to control unethical business practices and ensure a healthy economic environment, Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Shahrir Abdul Samad said.
He said the Act, to be tabled in Parliament by the year's end, would among other things replace the price control regime currently in use for essential items.
“The Act will allow us to act against those involved in profiteering, monopolistic business and cartels, and those players conspiring to determine prices,” he said at a press conference after opening the 1st Malaysian Construction Summit 2008 at Putra World Trade Centre here yesterday.
The Government may have to expedite the implementation of measures to control the price and supply of rice as wholesalers and traders have taken advantage of the situation, said Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Shahrir Abdul Samad.
He said the matter would be proposed at the Anti-Inflation Committee meeting in Kuala Lumpur on Tuesday as wholesalers and traders had recently increased the price of the commodity, thus burdening the consumers.
"We cannot take any action (against the wholesalers and traders) unless the Government enforces the measures.
"This clearly shows that the wholesalers and traders have taken advantage of the situation by increasing prices before the government enforces the price control measures," he told reporters after attending a luncheon hosted by 28 Johor Baru fish wholesalers associations, Sunday.
JOHOR BAHARU, 18 Mei (Bernama) -- Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad mencadangkan agar warna dakwat kekal untuk menanda jari pengundi semasa proses pilihan raya dirahsiakan.
Selain hitam, warna lain yang unik seperti merah jambu atau ungu boleh digunakan, katanya ketika diminta mengulas mengenai pembatalan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya 8 Mac lepas.
"Kita pilihlah warna yang unik kepada kita, janganlah pilih hitam sahaja, hitam semua orang boleh buat," katanya kepada pemberita selepas sambutan ulang tahun ke-28 Persatuan Pemborong Ikan Johor Baharu di sini hari Ahad.
"Jangan beritahu sesiapa warnanya sehingga pilihan raya diadakan," katanya. Tahun lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju melaksanakan penggunaan dakwat kekal itu dalam pilihan raya umum ke-12 tetapi kemudian membatalkannya empat hari menjelang pengundian atas alasan keselamatan.
Kira-kira RM2.9 juta dibelanjakan untuk membeli 48,000 botol dakwat tidak mudah padam dari India tetapi pelaksanaannya dibatalkan kerana bimbang wujud unsur sabotaj seperti yang dikesan oleh polis.
Some 350 people turned up for free glucose and urine tests at the Metta Lodge Pusat Buddhist centre here recently.
The medical camp organised by the centre and supported by the Johor Specialist Hospital was held in conjunction with Wesak Day celebrations and the group’s 25th anniversary.
Organising chairman Dr Lim Seng Kwei said that medicine was prescribed free for the visitors.
“We also gave free medical check ups and bone scans. The camp is purely charitable,” he said.